wibiya widget

ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE. Powered by Blogger.

Friday, July 16, 2010

Mentega beracun rosakkan hati


SABAN hari, mentega kacang menjadi antara produk makanan yang digemari rakyat negara ini. Malah ada yang menjadikannya sebagai bahan penyedap roti setiap kali bersarapan atau memulakan kerja pada awal pagi.

Namun tahukah anda, di sebalik keenakan mentega itu, terdapat kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai aflatoksin yang boleh menyebabkan kanser hati sekiranya melebihi paras yang ditetapkan.

Aflatoksin ialah sejenis mycotoxin atau sebatian kimia yang lazimnya dihasilkan oleh kulat ketika tumbuh segar di atas bahan organik seperti jagung, kacang atau biji kapas.

Perkara itu didedahkan hasil penyelidikan selama dua tahun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terhadap kebanyakan produk mentega kacang dan produk kacang jenama popular di pasaran negara ini.

Penyelidiknya, Khatijah Hashim memberitahu, kajian CAP pada tahun 2006 dan 2007 mendapati kandungan beberapa produk yang diuji didapati dicemari aflatoksin melebihi paras selamat.

"Impaknya cukup tinggi kerana ia boleh menyebabkan kanser hati walaupun dimakan dalam kuantiti yang kecil. Aflatoksin mengakibatkan penyakit di seluruh tubuh, tetapi biasanya diketahui punca penyakit hati dan kanser hati," katanya.

Jelasnya, di bawah Peraturan Makanan 1985, paras maksimum yang dibenarkan bagi aflatoksin ialah 15 bahagian per bilion (bpb) untuk kacang tanah mentah dan 5 bpb bagi produk makanan lain.

"Paras tertinggi bahan itu ditemui dalam sampel gula-gula kacang yang mengandungi 50 bpb aflatoksin. Sampel kacang mentah diuji pula didapati mengandungi 25-50 bpb hingga 5-10 bpb," katanya lagi.

Jelas Khatijah, perkara itu berlaku disebabkan bahagian pengawasan kualiti sesebuah syarikat pengeluar tidak cekap malah 13 daripada 20 sampel mentega kacang yang diuji CAP didapati melanggar paras aflatoksin yang dibenarkan.

Justeru Khatijah menggesa Kementerian Kesihatan supaya menguji semua produk yang berkemungkinan dicemari aflatoksin dan menarik keluar segera semua produk terbabit dari pasaran.

No comments:

Post a Comment

Mangkuk Tingkat

Senarai Produk Mendapat Piawaian IMP

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP