Friday, July 2, 2010
Adakah cukup sekadar memboikot barangan Israel?
Baru-baru ini kita digemparkan dengan serangan pihak zionis Israel ke atas kapal yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Berita yang cukup menyakitkan hati umat Islam bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh negara Islam. Tetapi, sejauh manakah sensitiviti umat Islam terhadap isu yang membabitkan umat Islam di Gaza? Sejauh manakah tindakan kita untuk memastikan kekejaman zionis dihapuskan.
Ada pihak yang begitu bersemangat ingin melakukan boikot terhadap barangan Israel. Namun,ianya sekadar bermusim dan tidak berterusan.Inilah akibat bilaman kita tidak mengambil contoh bagaimana Rasululullah memboikot barangan Yahudi ketika mana Islam bertapak di Madinah.Selain Rasulullah mengarahkan umat Islam membeli sehari dan tidak beli sehari, dan kedai orang Islam dibuka sehari dan ditutup sehari untuk kedai pihak Yahudi, para sahabat begitu pro-aktif dalam mengeluarkan produk dan berniaga bagi menjana ekonomi umat Islam.Itulah yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat dalam memartabatkan ekonomi umat Islam. Namun, kita sekadar bersemangat mengibarkan bendera dan berarak beramai-ramai, namun ianya sekadar bermusim sahaja. Dimanakah tindakan kita? Dimanakah pejuang-pejuang Islam yang ingin membangunkan ekonomi umat Islam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam sdra/sdri
ReplyDeletemana cukup sekadar biokot mikro beberapa jenama tertentu sdgkan ops biokot makro tidak dilaksanakan.
sistem yahudi masih berjalan w/pun beberapa barangan yahudi dibiokot.
biokot dari segi produk fizikal dan intelektual/konseptual baru kena.
biokot juga hendaklah berterusan, bukan syok2 ikut canangan puak2 yang berkepentingan yang turut sama menjadi pelanggan perkhidmatan yahudi.
teruskan perjuangan demi redha Ilahi, bukan kerana mengejar subsidi, jauh lagi dari mengejar AP menteri.
wassalam.