wibiya widget

ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE. Powered by Blogger.

Wednesday, June 30, 2010

Mesyuarat Ke 4 Komuniti IMP


Pada 1 Julai 2010, komuniti IMP Pusat telah mengadakan mesyuarat kali ke 4 untuk tahun 2010 bertempat di Perak Techno Trade Centre (PTTC) bermula pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai perkembangan gerak kerja persediaan pelancaran IMP di Kuala Kangsar pada Desember 2010 bertempat di perkarangan kawasan perindustrian MIEL, Kuala Kangsar.Antara jemputan VIP yang akan hadir pada pelancaran tersebut ialah Mufti Mekah (Sheikh Abdul Aziz Bin Abdullah Al-Sheikh), Mufti Jordan (Sheikh Nuh-Ul-Ghozat, Pakar Muamalat di Universiti Mu'tah Jordan, Wakil Mufti Mesir Sheikh Usamah Al-Sayyid, dan jemputan dari Brunei dan Indonesia.

Agenda lain yang turut dibincangkan ialah mengenai perkembangan dokumentasi komplian, unit pemasaran produk, dan pembangunan IT dan Multimedia IMP Komuniti. Pihak komuniti juga bercadang untuk menubuhkan satu Akademi IMP bagi melahirkan ramai lagi usahawan IMP seterusnya dapat mengembangkan lagi. Mesyuarat ditunda dan akan disambung semula pada 4 Ogos 2010 bertempat di tempat yang sama iaitu Perak Techno Trade Centre (PTTC).

Tuesday, June 29, 2010

Campur Aduk Babi

Gagal Mengucap


KUALA LUMPUR: Seorang penyembelih ayam warga asing yang mendakwa dirinya beragama Islam tiba-tiba gagap dan terketar-ketar apabila diminta mengucap dua kalimah syahadah dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa jabatan dan agensi di sebuah pusat penyembelihan ayam, di sini, awal pagi semalam.

Lelaki warga Bangladesh berusia 20-an itu turut mencetuskan tanda tanya pihak berkuasa selepas menggunakan nama bukan Islam pada dokumen pengenalan diri.

Tindak tanduknya yang mencurigakan menimbulkan persoalan sama ada ayam disembelihnya halal dimakan umat Islam.

Dalam operasi itu sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan dan pegawai Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan mengejut di beberapa lokasi yang menjadi pusat penyembelihan ayam sekitar ibu kota.

Sumber berkata, operasi terlebih dulu disasarkan kepada kilang penyembelihan dan pemprosesan ayam di Segambut yang didapati mengikut syarat dan kaedah penyembelihan ditetapkan oleh syarak.

Menurutnya, pihak berkuasa yang berpuas hati dengan aspek penyelenggaraan kilang terbabit kemudian menuju pula ke pusat penyembelihan ayam sekitar Pasar Pudu.

“Ketika pemeriksaan dilakukan itu, pegawai agama yang terbabit sengaja ‘menemuduga’ beberapa pekerja asing yang ditemui sebelum seorang daripada mereka gagal mengucap bagi membuktikan dia penganut Islam.

“Lelaki terbabit didapati sukar mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan yang turut disertai peserta program Iman Muda Astro Oasis turut ke kawasan penyembelihan ayam di Pasar Chow Kit, yang kerap mencetuskan kegusaran berikutan tahap kebersihannya mengecewakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan ayam disembelih diselenggarakan di premis yang tidak sempurna selain keadaan lantai kotor dan berlumut.

“Pegawai agama yang menjalankan pemeriksaan secara rambang turut tidak berpuas hati apabila seekor daripada puluhan ayam yang disembelih tidak mengikut hukum syarak berikutan urat pada leher tidak terputus sepenuhnya,” katanya.

Malah, lebih menjijikkan apabila ada ayam yang disembelih dibiar berteraburan di lantai bertakung yang dibimbangi boleh merebakkan kuman.

“Agak mengejutkan apabila seorang pekerja pusat penyembelihan secara selamba memijak ayam yang siap diproses, namun dibiarkan di lantai. Perbuatan terbabit mendukacitakan berikutan pekerja terbabit seolah-olah tidak mementingkan soal kebersihan.

“Berikutan itu pegawai Jabatan Kesihatan bertindak mengeluarkan kompaun terhadap pemilik premis terbabit atas kesalahan tidak mematuhi syarat kebersihan ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, operasi pemeriksaan pusat penyembelihan ayam terbabit bukan kali pertama dilakukan pihak Jawi dan Jakim, namun peniaga dan pemilik pusat pemerosesan ayam seolah-olah tidak menganggapnya penting, terutama aspek kebersihan.

Sumber : myMetro

Defination of Halal

The Definition Of Halal
• Halal is an Arabic word that carries the meaning allowed or permitted.
• Does not apply to food only but also to relationship between people, clothing, business, occupation, finances, investment etc.
Halal Food
• Does not contain any ingredient from any part or product of animals that are considered non halal to Muslims by Islamic Law or products of animals which are not slaughtered according to Islamic Law.
• Does not contain any ingredient that are najs to Islamic Law.
• Has not been prepared, processed or manufactured using appliances that is contaminated with anything that are najs according to Islamic Law.
• Is not in direct contact with najs in the course of preparation, processing and storing.
According To Imam Shafie Najs Is:
• Animals that are called najs "mughallazah" ("mughallazah" which is considered as severe najs are dogs and pigs including any liquid and object discharged from their orifices, descendants and derivatives).
• Carcass except fish and grasshoppers.
• Animals which are considered repulsive such as lice, flies.
• Animals with fang such as lions, tigers, bears and other similar animals.
• Birds of prey with claws which eat by catching and snatching such as eagles.
• Poisonous animals that can cause complication or are hazardous to health.
• Animals that live in two habitats (amphibians), both land and water such as frogs.
• All types of solid by product of digestion, urine, placenta and blood except heart and liver.
• All types of drinks or beverages that can cause intoxication.
Main Things That Are Prohibited In Diet And Consumption.
• Animals that are halal for consumption but not slaughtered according to the Islamic Law.
• Blood and everything that falls in the same category as it is.
• Najs Mughallazah.
• Alcoholic drink and everything that can cause intoxication.
Negative Effect Of Consuming The Prohibited (towards the individual)
• The heart will be hardened (one would really be stubborn).
• One has no interest to show devotion and be devoted to Allah.
• One has less energy to be used towards worshipping Allah and doing good.
• The mind becomes really slow and thus will affect the process of learning.
• The mind becomes indecisive and bad at making decisions.
• One has no desire to be generous or kind to others.
• One has no love to share with others.
Prepared by:
Hj Yunus Bin Haji Alias AMP, PPT.
Chief Assistant Director,
Research Division,
State of Perak Islamic Religious Department.

Sunday, June 27, 2010

Pengenalan Islamic Manufacturing Practice

Sejarah IMP

Memandangkan betapa perlunya umat Islam mempunyai satu "Standard" sendiri, maka satu piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practice) yang menghasilkan produk bertaraf "HALAALAN THOYYIBA“ telah diwujudkan sejak tahun 2005. Sebuah kilang yang bertaraf GMP telah ditubuhkan sebagai satu model Pengilangan IMP. Kaedah pengilangan IMP yang mematuhi tuntutan hukum-hukum dalam Islam telah dijalankan di kilang tersebut. Produk hasil pengilangan ini dijamin kesuciannya bukan sahaja dari sudut lahiriah tetapi juga dari sudut rohaniah.

Apakah IMP dan Apakah IMP (Pengilangan)?

Secara umumnya pengilangan GMP begitu biasa di kalangan industri pengilangan. GMP ialah pensijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia. Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA"; iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah Islam.

IMP akan merangkumi semua proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan seperti:

1. IMP - Islamic Manufacturing Practice

2. GMP - Good Manufacturing Practice

3. HACCP – Persijilan dari Eropah

4. ISO9002

5. Halal

Perbezaan IMP & GMP

Secara umumnya adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK).

IMP: ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA“ sejak tahun 2005. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.

Maksud Hadis : “ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……”

Proses Pengilangan IMP

Proses Pengilangan IMP Proses pengilangan terbahagi kepada 3:

1) Pengusaha

2) Situasi Kilang & Bahan Mentah

3) Pekerja

Pengusaha IMP

Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah :

1) Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk

2) Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan

3) Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.

4) Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak.

5) Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.

6) Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba

Situasi Kilang & Bahan Mentah

1) Susunan dalam kilang mengikut syariat

2) Tidak ada muzik

3) Ada Nur bacaan Al-Quran

4) Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP

5) Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan & pekerja 3 kali seminggu

6) Sumber bahan-bahan mentah hendak lah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.

7) Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah. Contohnya: bersih lagi suci iaitu menggunakan air mutlak.

Pekerja

1) Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya (menutup aurat). 2) Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.

3) Mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal.

4) Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.

5) Sentiasa ada air wudhu.

6) Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.

7) Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.

8) Perempuan yang haid di pindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagian lain.

Hikmah IMP

Produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dari kesucian tangan-tangan yang mengusahakannya iaitu suci rohani dan jasmani. Memadai dengan nur wudhu yang sentiasa ada pada operator dan diiringi dengan bismillah di permulaan bekerja serta doa-doa yang di khususkan, nur tersebut akan melimpah masuk ke dalam produk yang akhirnya kita…..”

Terlepas dari produk yang ragu-ragu dan terlindung dari kemurkaan Allah. Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul. Memakan makanan Halalan Thoyyiba InsyAllah akan merubah 4 perkara iaitu pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti.

Mangkuk Tingkat

Senarai Produk Mendapat Piawaian IMP

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP