wibiya widget

ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE. Powered by Blogger.

Tuesday, July 13, 2010

Produk Baru Susu Formula Untuk Kanak-kanak


Baru-baru ini, kerajaan negeri Selangor melalui JAIS telah melarang penggunaan logo dan sijil halal swasta di premis makanan dan perindustrian di negeri tersebut.


Tindakan itu bertujuan mengemaskinikan penguatkuasaan logo Halal serta membenteras penyalahgunaan logo swsta yang mengelirukan pengguna serta menimbulkan fitnah kepada umat Islam setempat.


Syabas kerajaan Selangor!

Mihun Jijik

Amalan Jijik Terbongkar

Friday, July 2, 2010

Adakah cukup sekadar memboikot barangan Israel?


Baru-baru ini kita digemparkan dengan serangan pihak zionis Israel ke atas kapal yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Berita yang cukup menyakitkan hati umat Islam bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh negara Islam. Tetapi, sejauh manakah sensitiviti umat Islam terhadap isu yang membabitkan umat Islam di Gaza? Sejauh manakah tindakan kita untuk memastikan kekejaman zionis dihapuskan.

Ada pihak yang begitu bersemangat ingin melakukan boikot terhadap barangan Israel. Namun,ianya sekadar bermusim dan tidak berterusan.Inilah akibat bilaman kita tidak mengambil contoh bagaimana Rasululullah memboikot barangan Yahudi ketika mana Islam bertapak di Madinah.Selain Rasulullah mengarahkan umat Islam membeli sehari dan tidak beli sehari, dan kedai orang Islam dibuka sehari dan ditutup sehari untuk kedai pihak Yahudi, para sahabat begitu pro-aktif dalam mengeluarkan produk dan berniaga bagi menjana ekonomi umat Islam.Itulah yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat dalam memartabatkan ekonomi umat Islam. Namun, kita sekadar bersemangat mengibarkan bendera dan berarak beramai-ramai, namun ianya sekadar bermusim sahaja. Dimanakah tindakan kita? Dimanakah pejuang-pejuang Islam yang ingin membangunkan ekonomi umat Islam....

Kaki katak dalam mee goreng



Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.

Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.

Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.

“Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.

“Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.

“Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.

Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.

Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.

“Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

SUMBER : UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0320&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive

Thursday, July 1, 2010

Mesyuarat IMP Selangor

Pada 2 Julai 2010 pukul 5.30 petang,ahli jawatankuasa IMP Selangor telah mengadakan mesyuarat ringkas bagi membincangkan beberapa agenda penting sebelum mengadakan mesyuarat IMP Selangor induk untuk pemantapan organisasi dan gerak kerja IMP Selangor. Antara perkara yang dibincangkan ialah pembinaan database ahli komuniti, pembinaan organisasi induk IMP Selangor, pembinaan Facebook @ Fan untuk IMP Selangor, penyelarasan artikel yang akan dikeluarkan di akhbar harakah dan standard name kad untuk ahli jawatankuasa induk IMP Selangor.

Selain itu,mesyuarat pertama untuk IMP Selangor induk telah dicadangkan pada 14 Julai 2010 dan mesyuarat akan dihadiri oleh pengasas IMP iaitu Ustaz Ahmad Tajuddin Arshad bagi menyelaraskan pembentukan IMP Selangor. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7 malam dan akan disambung pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan.

Mangkuk Tingkat

Senarai Produk Mendapat Piawaian IMP

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP